KUANTAN: Polis Pahang telah mengambil keterangan empat individu bagi membantu siasatan kes cawangan KK Mart Sungai Isap di sini dibaling bom petrol atau 'molotov cocktail' sehingga menyebabkan kebakaran kecil pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata empat individu berkenaan termasuk pengadu dan saksi serta akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup dari kawasan berhampiran lokasi kejadian bagi membantu siasatan.
"Saya sudah minta Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) meningkatkan rondaan di kesemua 15 cawangan KK Mart dan dua stor di Pahang," katanya ketika ditemui media pada Program Pencegahan Jenayah Polis Pahang di Bazar Ramadan Mahkota Square di sini hari ini.
Yahaya turut menasihatkan semua pihak supaya tenang dan tidak mengambil tindakan sendiri serta sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan.
Pada 30 Mac lepas, cawangan KK Mart yang baru beroperasi dua minggu itu dibaling bom petrol oleh individu tidak dikenali sehingga menyebabkan empat rak jualan serta beberapa barangan jualan rosak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata empat individu berkenaan termasuk pengadu dan saksi serta akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup dari kawasan berhampiran lokasi kejadian bagi membantu siasatan. - Gambar fail/BERNAMA
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
KK Mart Sungai Isap: Polis Pahang rakam keterangan empat individu
Polis Pahang telah mengambil keterangan empat individu bagi membantu siasatan kes cawangan KK Mart Sungai Isap dibaling bom petrol.
Insiden lempar ‘molotov cocktail’: Jangan ambil tindakan sendiri - PM
Perdana Menteri berkata sebaliknya orang awam perlu menghormati dan mematuhi proses perundangan jika terdapat sebarang salah laku.
Insiden lempar 'molotov cocktail': Polis kerah seluruh kekuatan kawal, kekalkan ketenteraman awam
Polis memandang serius percubaan membakar KK Mart itu yang merupakan insiden kedua selepas perkara serupa berlaku di KK Mart Bidor, Perak pada 26 Mac lepas.